Monday, September 29, 2008

29 Sept 2008 - two days before raya

Semalam gaji dapat, hari ni dah abis.

Tu yang org kata, keje makan gaji, kalu tak menyimpan, takkan senang. Nak senang cemana, gaji cukup2 untuk makan. Makan gaji, dapat je gaji bayar utang, nak simpan pun kena paksa baru dapat.. cukup2 jee..


Semalam bagi mak rm600, bagi kanda menambah2 rm300, beli ayam & daging nak raya nih, dekat 200 gak abis. How much tu?

Tadi, tru mbb2u, dah bayar insuran aku dan anak2, dekat 200, bayar utang cimpeng, 300, utang asb 150, haaa.. berapa dah?

Sib baik bulan ni aku dapat kutu sket. Itulah dia kalu nak buat tambah2 belanja..

Waaaa... sampai bila aku nak begini?

Kanda............. tolong!!!

Friday, September 19, 2008

18 Sept 2008, Khamis

Actually ini kisah semalam, khamis 18 ramadhan.

Aku bitau kak normah supaya bila nak sunatkan anak dia guna teknik clamping.
I told her how difficult my son was coping dengan kesakitan masa nak buka plastik clamping tuh.

Semalam jugak kanda kena OT plak. Dah 2 hari minggu ni aku kena balik sendirik. Semalamnyer dah naik teksi. Ini naik teksi lagi. Kalu hari2 naik teksi.. dari warta lamalah, bukan dari opis. Kalu dari opis, alamat, takyahlah aku beli apa2 utk berbuka. Abis duit bayar tambang je.

Semalam sampai warta kol 6.27, terus gi kedai cobbler betuikan boot aku yg dah haus. Gi pulak kfc, belikan anak2 yang memesan cheesy wedges. Then cari pulak nasi ngan lauk sebab tentu2 tak sempat nak masak, kan?

Semalam jugak, rumah aku dilimpahi air dari bilik air. Tatau cemana Ameer buleh buat supaya air tu mengalir terus sampai ke ruang tamu. Bergenang-genang air. Siap je aku abis mengaji, ameer jerit2 kata dah banjir. Aku punya hanginlah, dahlah aku tak suka mengemop, terpaksalah aku mengelap guna tuala buruk.. Letih... tulah sebab aku selalu pass keje2 ngelap/mop ni kepada kanda je. Ameer konon2 nak tolong, siap nak guna tuala mandi dia. Kena marah je dengan aku. Aku jeritkan dia soh masuk bilik dia terus tido. Jgn nyusahkan aku lagi. Aku letih giler!

Kanda balik masa aku tengah tengok tv3 citer "kekasihku seru" yang seram tu. Eei... kalu kanda lambat balik, harus aku tak tengok, takutttt! Kanda bawak buah naga.. aku suka!

Thursday, September 18, 2008

Ramadhan 18, 1429 H

Sampai2 opis, Bav dah ada.
Tulis blog dulu, upload gambo dan sebagainya.

Takde mende nak update.
Semalam kanda kena gi dinner, actually Dato' yang ada dinner, biasalah, kan.
So, kanda lewatla balik. Gua kena naik bas la nak balik.
Nak tak nak, naik bas ke bankok bank, then amik bas metro ke rawang (cepat sket kononnya) then sampai kat warta, amik plak teksi ke rumah. Sib baik senang dapat teksi. Kena 3.60rm tambang. Okaylah, sekali sekala, kan?

Malam lepas buka umah mak, mak mintak anta ke surau nak terawih di sana je, takyah ke masjid. Amal temankan. Lewat tul habisnya, almost 10.40pm sebab mak tunggu sampai 21 rakaat gitu.

Malam, tengok tivi sesikit, basuh kain. Kanda dah balik tadinya at about 9pm. Bitau kanda and budak2 esok sahur, kita makan megi je... umi malas nak masak nasik. Bersorak dorang!
Well.. megi it is.. senang citer!