Monday, July 26, 2010

Kenduri doa selamat di bukit mendi 24 july 2010

dari malam hari jumaat lagi kanda merengsa nak balik, katanya nak tolong tunjuk jalan kat adik ipar lela ke sana.
dey, aku kata sabtu, sabtulah.. kalu tak pegilah tanpa aku...
aku mmg takde hati nak pegi malam jumaat tu, biarlah kalu deme nak tinggaikan pun aku rela je..
baik aku tido rehat2 weekend...

termakan jugak kanda ngan kata2 ku, pagi sabtu baru bertolak ke bukit mendi, triang pahang.

sampai2 makan dulu, makan makan makan je keje kat sini.. keje idaklah ada nak dibuta, ater konsep org felda kan ke kejesama mereka mmg tahap awan nu tingggi, deme mmg bekumpul bergotong royong menyiapkan apa2 saja utk kenduri ni. sekor lembu kabaunya tumbang, tupun abang berahim kata kenduri kecik je, tak panggil org masjid, panggil org dedekat sini je... sungguh bagus, kan?

puas makan sup tulang, lauk2 kenduri, pulut durian, mee kuah aka mi bandung dan memacam jenis kuih and makanan yg tak dapat aku elakkan. mampuih cita2 aku sekejap nak makan sihat.. hahaahha... matilah org kata aku berangan je lebih...

but, cemanapun, lela anak sedaraku.. still noticed aku dah kurus sikit, i guess nampak sikitlah kottt..
adik ipar dia sampai sama lela lewat drpd kami sabtu tu.
makan, makan dan makan lagiiii.

ahad, lepas srapan yg enak dgn nasi goreng kampung mendi, kami gerak plak ke triang, rumah lela. dia and hanisah, adik ipaunya tengah masak kari and memacam lagi utk lunch. siap tu, terus lunch. lepas lunch gi kedai 2 hengget. sakan tauu.. sementelah si lela udah bayar duit barang2 dcl dia dapatlah aku sikit untung.. hehehe, terus seronok beli barang kauuu.. memang berbagai barang keperluan dapur aku beli kat situ, semua 2 hengget... aku beli bakul utk kain kotor anak2 aku, beli besen utk rendam kasut anak, berbagai la lagi barang.. hui, tak tahannnn...

pastu lela bawak gi jumpa kawan dia, kak gee, dia rupanya doktor dah sahkan cancer perut, stage 4 kauuu.. sekarang ni ramai kawan2 aku dan sekitarnya sakit ek.. tumor la, cancerlah.. eeeiii ngeri. kak gee ni, kawan baik lela, keje dia bukak salon, buat mekap artislah and macam2 lagi kerja2 yg kreatif lah. aku siap gi potong rambut kat dia, free lagi tauuu.. haaa...
sedih mikirkan.. lela kata 4 bulan je dok bagi dia masa. tatau nak kata, dah puas menangis dorang tu kata kawan tu nak mati.. huhuhu....

lepas petang, makan petang ngan ayam kfc, kami pakat gerak balik (my family and hanisah's) back to KL.
lepas da sampai selayang, semua pakat lapau, kami stopped at barakah corner nak pekena dinner. makan nasi lemak bungkus, aku 1 je, kanda 2, ameer 2 and amal ate 3 bungkus kauuuu... masalahnya anak2 aku tak berapa makan sambal yg sedap tu, semua passed ke aku.. mmmm, sedap tapi perut dan pungkok aku tak buleh terima sgt banyak sambal like that.
akibatnya, this morning, udahlahhhh, pedih2 ulang ke toilettt.
dah kuar gi keje, awai, about 7.13, stopped pulak at petronas, beri lagii till 7.45 gitu.. aduihhhh. inilah akibat makan sambal tumis over the edge haaaa... ingat tuuu!! perut tu ada limit muatannyaaaaa...

Thursday, July 8, 2010

benci tau.. 7.7. 2010

tataulah apahal.. seminggu ni mmg berat giler nak keje
udahlah senin tu cuti terkejut sebab ameer demam, maka sebab lama ngat kat umah... angin umah menyebabkan aku rasa nak dok di rumah je kot!
mengaruttt..

semalam kan, aku lambat gi keje
harini kan, aku lambat jugak
esok i guess i could be late also

tula dia... kalu aku tak suka aku resign jelahhh.. bak kata kalai.. hihi.

semalam jugak, puas ngajak liza sesama gi kelas dcl, belajarlah apa2 yg patut..
dia pulak aku tau, bukan mudah nak dapat peluang keluar, esp. utk hal2 berkaitan masa depan dengan dcl nih, tentu dia susah.. tapi aku cuba je.
kanda sudi pegipun aku dah suka, even ameer menebeng sekali semalam, tapi deme naikpun idak ke kelas tu..
anyway, i went to CA zainal punya bc, kat sri gombak, punyalah sejukkkkkkkk...

banyak jugak aku belajar ngan CA hajah sarina.. semua useful infomation tentang apple green tea diet and nucifera tonik rambut.. wow..tak sangka sangat!

tu jelah..
semalam jugak aku nampak ada satu makhluk cuba buat cam org lain tak bagus.. padahal pada pandangan aku.. bila dia buat gitu, dia yg jadi lagi tak cukup sifat.. hehehe
nasiblah badannnn, memang dah elok bersara je kot!