Wednesday, November 12, 2008

11 November 2008

Selasa 11 Nov 2008

Hari ni kat gym ada kelas belly dance.. starts at 7. Kami, aku siti and ati sampai at 6.15 gitu. Lepak2 then aku lari jap kat treadmill 10 min, pastu buat stretching then barulah main pingpong ngan siti sampai kol 7. Si ati buat apa? Dia takde le benda lain... kalu mai gym, treadmill je lah kejenya, kalu 40 min kat gym, 40 minit lah dia rela berlarikkkkk je, maintain speed, tak tentu hala terernya kawan aku nih. Apa katanya, kena buat teknik breathing gitu.. ayo... tak reti aku de..

Aku kalu kat treadmill, sama ada jalan lelaju ataupun berlari2 anak je. Janji ada gerak2 sket kat kaki tu, kan?



Kol 7, masuk klas gelek tu. Nampakla sorang awek biasa kat kelas ni. Semakin galak dia. Dia dah hafal semua step klas gelek ni, so buatpun macam pro je la, kan? Kakak Sitipun kagum nengokkan dia. Wakaakaa.. 4 taun dah kelas yg sama, step sama.. takkan ko tak tau lagi, tak pandai lagi, kan?


Aku ni lain la, milih2 kelas. Kalu kol 7 kelas nya, maka jarang2lah aku dapat attend. Aku ada anak2 and laki lagi nak attend to. Tak gitu? Tu pasailah 30 minit je, aku dah cabut.. mandi manda, solat and belah.



Aku balik umah, kanda tengah masak. Lauk telo mata kebau and sardin. Siap je ajak aku makan... hulamak, syahdunya.. terus nak makan tu.. berselera!! Memang kanda dah semakin pandai masak skrg. Sardin tu pun best lah... aje ke tidak, perut dah lapau, kan?


Last but not least, hamster aku yang ketiga, beranak pulak. Anak 5 ekor this time.
So, total hamsters alive at the moment - 26 ekor.. Hmm, aku rasa in 3 weeks time, mahu beranak lagi hammy2 ni... mmm, besaula ladang aku!! Kalu lembu la ni, tentu aku dah jadi penternak berjaya, kan?

Monday, November 10, 2008

Weekend yang membosankan..

Sabtu 8 nov 2008

Kena bangun pagi di hari cuti... can u imagine how difficult it is?
Semua cuti termasuk kanda, but then, tak dapat tido hingga lewat sebab adik ada appoinment kat SK 1 Selayang Baru. Hari Orientasi tahun 1, katanya.

Dengan penuh kasih sayang yang berat sekali, kami semua bangun dan bersiap. Kanda nak bekfest dulu, so kami pi cari kedai kat ujung jalan.. kedai kak ruby. Makan nasik lemak.


Kat sekolah semua dah siap beratur, but time baru 8.20, ke jam aku yang bengong?
Cikgu2 tu berucap itu ini, anak2 masuk kelas, kami pun hang out kat kantin. Bayar yuran siap2, pecaya tak? Duit dah la tinggai cukup2 makan (entah cukup ntah tidak till end of the month), but kanda kata dia usahakan juga. Baguslah, mmg tugas ketua kuarga to make sure we have enuf money to survive, kan??


Sib baik adik abis kelas cepat, and we all went back. Amal dah bosan dah menunggu. Ntah kenapa kami bawak dia sekali.. Oh ye, sebab if he stayed at home, dia takde bekfest, so that's why we took him along...


Balik umah, air plak takde, how to cook? Mmm, alasan je kan?

Masak air, guna air dalam botol, and bancuh teh o.


Kanda kluar sebab nak service motor. Reminded us that he's taking the family down to Sham's house in Ampang sebab kanda nak jumpa Shahrir. Shahrir ni pengedar KH cafe, ubat untuk kami sekeluarga. Even mak pun ordered 2 bottles.


Bagusnya ubat ni, boleh menyembuhkan penyakit (insyaAllah juga) darah tinggi, kencing manis, athma, gout dan sebagainya. I want to see if my bp boleh turun in 7 days..


Since air takde, aku pun amik kesempatan nak tido je sebab malam tadi asik bangun kencing je, like 3 kali kau.. letih bener..


Punyalah syahdunya tido tu... Almaklumlah... cuti. Soh anak2 kejut kol 12.30!!