Thursday, December 18, 2008

17 December 2008

Lama tak tulis kat mu wahai diari ku..
Minta mahap kerana telah melupakan kewujudanmu buat seketika.

Aku bizi? Ye, memang a bit bizi. Tapi sebab tumpu lebih kepada blog tak pedulik tu, maka aku terabaikanmu wahai diari. Mahap ye?

Last week aku dipanggil temuduga. Gaji yang aku mintak tu mmg bagus sebab aku rasa aku dah layak untuk mendapat duit sebegitu banyak memandangkan kepada kesinioritian aku yang lebih 20 taun nih. Jawatanpun kira sinior la jugak.

Aku ingat semenjak keje kat company ni since 2004, aku adalah pegi interview setiap 2 taun sekali, just to see how the market is out there. 2006 aku dapat interview kat TH Plantation. Takdenyer nak ngambik orang melayu, sebab diorang nak quota bangsa lain, jenuh membuat test segala bagai. Takyah mengeluh, takde rezeki, senang citer, kan?

This time, after 2 years, aku dapat lagi satu interview. Dah 2 kali dia call, tanya itu ini. Aku tertarik sebab gaji banyak, benefit banyak, aku tak kisah keje banyak. Memang aku suka bekerja, mmg nak menyara idup, kan?

Tengoklah kalu ada rezeki, aku akan dipanggil for 2nd interview awal Jan 09.

Diary tolonglah doa-doakan kejayaan aku ya? Nanti aku tulis lagi... muahhhh!