Jumaat petang aku gegas balik.
Dah sampai umah mak, lepak plak, pehal ek?
Aku nak cepat, tapi, bila sampai umah mak, aku lepak2 plak.
Pastu, baru kangkabut balik umah, bersilat masak. Tatau nak masak apa, aku pakat masa mihun je... Janji masak. Kanda and anak2 dapat makan udah.
Aku nak cepat, janji ngan ogy bidadari nak gi dengar business talk kat BC dia.
Elok2 je siap semayang maghrib, pkai lebih kurang, aku sms dia nak tanya jadi ke idak, since takde kabar berita since petang... tak sempat abis, dia dah call. Semangatt tauuu!
Malam tu aku benar2 teruja ngan puan hajah sarinah tu. Mmg menarik bab meniaga yg dikatakan itu.. Samada nak buat banyak dan cepat atau buat ala2 kadar je, tulah dia.
Aku sign up pun blum. Aku dah simpan dalam ati, aku musti signed up baru aku buleh bergerak, ye tak? Beli dan pakai dulu barang2 itu dan buat promosi sndiri nanti. Amacam?
Sabtu..
Aku buat apa ek?
Oh ye.. ikut mak gi rewang umah kak izam kenduri kawin anak lelaki dia. Yg mana satupun aku tak kenai, ramai ngan blah bawah2 idin tu.. Yg penting aku turun dan tolong2 mana yg patut, ye tak? Anak2 jantan kat situ pakat nyanyi karaoke lagu2 zaman2 aku muda dulu.. terhibur gak. Aku kecek2 mak nak pinjam duit, sajalah tengok2 kot dapat. Rasanya tak payahlah.. siannnn mak. Banyak dah dia kasi aku minjampun tak abis bayar lagi. Aku maluuuu!!
Ahad
Dapat jalan laju dalam 55 min, jadilah.
Kuarkan duit gaji... service kereta.
Pastu gi Giant, beli bedak and slim jeans.
Gi kenduri kawin. Balik, bersilat masak sebab echah nak mai umah buat promosi HPA. Ha kauuu.. ntah apa2 la aku punya hari tu. Ct zen dtg, Ampun dtg, just Liza je tak mai, since katanya anak2 dia tertido sudah.. Kenduri kak izampun dia tak pegi, pakat lupooo!
Lepas maghrib, aku pakat tido, letih amek.
Bangun jap, solat isyak, tido lagiii till pagi senin nihhh haa!
Monday, March 29, 2010
Weekend 26 Mac 2010
Labels: my hectic weekend
Friday, March 26, 2010
26 Mac 2010 jumaat
Jumaat yg malang buat ahin.
Sikit punya marah ke dia punya boss harini.. last2 boss tu sendiri yg punya silap...
Masa marah, abis hambur semua kemarahan, bila nak mintak mahap sedar kesilapan sendiri, terkebil2 gagap.
Benci betullah orang rupa ini..
Tuesday, March 23, 2010
Semalam, 22 Mac 2010 Senin
Along mai dari Klang. Together with abglong and ct and si irfan. Seronok jumpa along.
CT pun aku rinduuuuu sgt... Anak sedara aku yg paling tua.. yg aku pernah spent my teenage time with her. Rasa cam lama ngat dah.
We had dinner kat umah mak.
Lepas dinner deme siap2 nak balik.
Kanda balik pulak time tu. Sib baik kanda sempat jumpa dorang.
Itu je semalam.
Selain aku OT sejam buat billing, takde apa yg menarik..
Thursday, March 11, 2010
11 Mac 2010 - Khamis
Pagi tadi antar mak and anak2 aku gi klinik k'jaan. Mak nak cek doktor lah, tapi budak2 tu sepatutnya menemankan Opahnya itu. Lain pulak aku tengok jadinya.. macam acara membeli jajan je bila dorang ikut Opah gi klinik tu. Apa2 pun, sib baik ada budak2 tu. Nak harapkan aku je, susahlah Opah sebab aku nak keje, kan?
Sampai opis, layan fb dulu. Sarapan ngan Farid, makan roti bawak dari umah ngan hotdog goreng telor. Hot dog tu aku potong kecik2 lah, baru syahdu. Nak makanpun kena bajet, ok?
Kang kata kita nak diet, ada orang tu pulak kata we are insulting her.. pelik, kan?
Lunch, kuar ngan Mira, gi KLC. Dia ajak makan kat subway, okaylah tu... healthy food katanya, kan? Sementelah aku nak makan yg gitu2 jelah, tapi kena korban sikitlah bab kewangannya kan? Asik makan belanja orangpun tak manis, nanti kita rasa terhutang budi, payahhhh....
Ni lepas lunch badan rasa lemahhhh semacam.. Rasa darah keluar banyakkkk sekali sampai aku rasa nak gi baring ke tido kejap haa.. tak tahan. Agak2nya aku gi klinik, doktor akan kasi ubat baiiiik punya tak, nak rehat? Pinggangpun sakit ditangkap jugak sekali niha... Nak balikkkk...
Wednesday, March 10, 2010
9 March 2010 Selasa
Sampai ofis pagi.. aik, Ahin dah sampai.. oraitlah tu ada gang.
Ajak dia gi serapan lepas dia dah puas fesbuking and apdeting her things.
Tapau je mi goreng ala kadar, perut lapau giler since semalam tido awai benau lepas makan mihun kol. 6.30 the day before.
Aku ni, dah 2 hari tak gi jalan laju nih. Aku mmg rasa letih giler pagi nipun tadi. Cam lembikkk gitu. Maybe becoz first day period kot.. Acik period lagi tau.. acik blum menoposss okey..
Hari ni plak Selasa, ada aerobic & poco2 tonite. Mmm... this is what i look forward to these days. Cara nak kuarkan peluh, kan? Aku rasa banyak jugak dah turun ni, tapi aku segannn nak timbang lagi.. biarlah tunggu sebulan gitu.. Ni baru seminggu, eh... 6 hari aku tak makan nasi tauuuu...
Petangpun tiba... time to go.. Aku bergegas balik, tupun dah lewat .. 5.35pm.. hahhaa, lewatnyaa... Sampai umah, abah soh singgah dulu .. katanya mak demam.. Alamak, siannya. Akupun pilah tengok mak, terbaringgg jer lemah. Dia kata dah makan ubat dah, dah banyak kurang dari tengahari tadi demam dia. Dia soh aku masak and antar utk dia & abah. Dia tak larat. Siannyaaa... rasa cam nak menangis tauuu.. Akupun bergegaslah.. masak air dulu kat umah dia, bancuhkan abah neskopi and tanak nasik. Balik umah, terus bersilat kat dapur. Defroskan apa2 yg patut nak masak cepat2 and antar umah mak.
Sms makyang & acu, cuma makyang yg respond, katanya nak singgah jap nanti tengok mak. Aku tanya pasal aerobik, dia kata dia ON je, but tanya aku kenapa aku tak masak banyak2 and bagi dia sikit.. boleh? Mana lah aku nak tau, ye tak?
Dekat2 kol 9pm baru aku gerak ke Astana sama makyang sekali dgn Amal & Ameer yg sibuk nak ngikut, eventhough aku kata dorang nak peksa and still need to study. Deme bawak buku, tapi aku tak caya deme buleh studi bila dah jumpa fellow cousins, kan?
Klas erobik sgt seronok.. am getting use to all the steps already. Even the poco2 tu. Cikgu tu siap tunjuk step baru.. indian dance like. Seronok acik tau.. Kuar semua peluh jantan betina.
Balik umah, kanda still tak balik, bizi benau ye kanda.. maklumlah escort datin tu, lagi susah dari dato' nya, kan? Redha je lah.. Janji less time spend with us, more money u bring home, kan?