Friday, August 29, 2008

Jumaat, 29 Ogos 2008

Hari ni tak berapa nak bizi. Pagi sampai opis, Bav and CT dah ada. Then N pulak masuk. Kami gi bekfest sesama.

Lunch pulak aku gi Cosway beli barang2 rumah and cake utk CT. Dia nak balik kampung esok and nak bawakkan mak dia buah tangan. Dekat jugak Cosway kat briekfield nih. Jalan kaki dari opis lebih kurang 5 min dah sampai. Tu first time kami pegi. Nanti kat situ je lah aku akan membeli belah barang2 rumah tetiap bulan kalu tak sempat kat Maju Junction tuh.

Sekarang aku dah join eCosway. Semua ni akan membuatkan aku lebih berhati2 dalam membeli barang2 keperluan rumah macam shampoo, dish drop, liquid detergent dan barang2 segera untuk dimasak. Semua ada kat Cosway. Takyahlah aku beli lagi kat supermarket semua2 tu, sebab kalu beli di eCosway, aku dapat discount, dapat kupon and also at the end of every month, the points will then be calculated to RM pulak. Best kan?

Ada sesiapa berminat nak join?

Thursday, August 28, 2008

Khamis 28 Ogos 2008

Lama kita tak tulis kat awak, diary. Kita agak bizi sket. Heheh.. bila nak dekat2 ujung bulan tuh, biasalah, keje bertambah, sampai terlupa nak tulis.

Don’t worry diary, I’ll write today.

Apa nak tulis?
Oh.. kisah traffic jam kat skitar KL nih, and everybody who’s using the road will get stuck and sampai lambat to the office. Hmm.. luckily I naik motor. Since yesterday, sumer jalan dah sangkut with traffic, benciiiii sangat.

What to do, rakyat kena sambut merdeka dengan perbarisan yang perlukan latihan whatsoever..

Semalam kuar dari ofis kol 7pm, tunggu kanda. Since jam giler2, maka sampai umah kol 8.30 gitu. Mak bitau nak gi lawat Alang. Alang dah sakit lebih 2 minggu but kami baru tau hari ni. Itupun lepas kaklong maza tak boleh tahan kesian tengok mak dia menderita.

Kamipun pegilah.. Alang memang dah kurus sangat. Dia sakit pelik sebab bila bitau doctor kat spital dia sakit perut, they checked her, and found nothing unusual kat perut dia. They wanted to do thorough checkup by operating and cuci buah pinggang.. tentulah alang takkan setuju. Perut dia yg sakit bagai nak rak, tak boleh makan apa2, sungguh menyakitkan, tapi buah pinggang pulak nak di examine. So, skrg dia tengah usaha berubat cara tradisional. Tataulah kaklong nak bawak mama dia ke mana pulak lepas nih.
Katanya, mama dia termakan benda kotor.. tataulah nak pecaya ke tidak.

Mak bacakan tahlil and buatkan air untuk alang semalam. Alang dah siap mintak mahap kat mak and even me. Sedey beb, bila orang sakit, tak larat and tiba2 mintak kita ampunkan salah silap mereka..

Aku harap Alang akan sembuh segera, or at least boleh makan and ada tenaga menghadapi hari2 mendatang. Semoga kaklong dan adik2 dia bersabar dengan ketentuan Allah ini.

Wednesday, August 20, 2008

Rabu, 20 Ogos 2008

Rabu, 20 Ogos 2008

Terkejut agak lewat. Kira sedap betui tido malam tadi. Sebab badan letih giler akibat berjalan ntah berapa kilometer ngan kengkawan gi sorak rat race kat bursa mesia. Memang susah nak bangun tadi, siap berebut ngan kanda sapa taknak bangun dulu. Bila dah duduk kat tepi katil, semua sendi2 rasa sakiiiiitttt ya amat. Mmm.. sebab hari keje, maka kena bangun layannn la jugak!

Tunggu Posh & Mira sampai nak bekfest sesame. Dah sms since kuar rumah tadi lagi kat dorang .. takut kena tinggai. Bav takmo lagi bekfest, her stomach cannot take so much food. Sian dia. Just for my note.. semalam aku teman dia gi buat polis report kat Travers. Ex dia (kira ex la sebab dia dah takmo) threatened to take away her daughter and bring her overseas.. gitulah. Sian tul dia.. I wish her all the best.

Mira and Posh sampai kami tak gipun Plaza Sentral, but decided to cari pot baru. Aku ajak dorang di sebelah Seri Kota, ada warung aku slalu beli mihun dulu. Mmg sedap. Mknlah bekfest kat sana. Puas hati, sedap and some more, Mira belanja harini. Tengkiu Mira. Jasamu ku kenang.

Aku dah pesan Sitishu beli nasi goreng for lunch. Dia pun dah beli.. 2.50 taruk lauk paru-paru berair.. ada ke? Siti mmg suka bawak perkataan2 baru dan perkataan2 berganda yang sama maknanya.., boleh kata perosak bahsa la jugak.. hihi.. but itulah yang kami suka gunakan…. Tulah, org2 tua kata.. benda tak betui, memang senang menjadi ikutan, kan?

That wraps up the story for today.

Monday, August 18, 2008

Isnin, 18 Ogos 2008

Semalam, Ahad, along and angah sekeluarga dah ada kat umah mak. Dorang sampai malam sebelumnya, kol 11.30. Sian anak2 aku menunggu dari pagi. Tula teruknya bebudak ni. Once tau je sedara-mara dorang nak mai, tak tentu hala la deme. Kejap2 tanya kol berapa nak sampai, kol berapa nak sampai. Aku yang menjadi mangsa pertanyaan bertalu-talu. Next time, cer jgn bitau ye tak? Let them be surprised je, kan?
Mesti tau tektik ngan bebudak ni, baru tak haru.

Mak puasa semalam sama2 ngan abang ngah. Jarang jumpa org lelaki yang komited cam abang ngah (laki angah) ni. Selalu amik peluang puasa sunat, puasa itu ini, best, kan?
Kata Along, mak dia mmg harapkan dia je jadi anak contoh, anak soleh gitu.. Anak2 lelaki/pempuan lain macam tak mau ngikut benda2 nih. Hai.. sejuklah perut mak dia ngandungkan dia dulu sampailah sekarang ni kan?

Hari ni dah la isnin, cuti skolah. Ko ada perasaan ke nak keje?
Bila aku sampai opis plak, si Bav takde. Then aku sms dia kata dia kena amik EL sebab ada hal peribadi. Dah kurang gang. Pastu, N plak sms. She also have to take EL, tentu hal peribadi jugaklah tu.

Tenshen nih. Siti Shu plak kena jadi cover sec lagi. Org yang dia cover last week, tak masuk lagi.. mmm… ingat dah abis seksa dia, tak jugak.. tambah sari lagi.. Ye ke?
Buatnya tak masuk gak esok, how? Redha je la ek? Ni sumer dugaan kat sini, sebelum u get used to it. All these things remind me that I shd be thankful that I’m no more doing this service. I’ve moved on. Fui yooh!

Ati pun tak masuk keje jugak nih, still CL, ayah dia sakit lagi. Aku dah bawakkan sambal ikan bilis spesel untuk dia, but kenalah simpankan je. Sabar je la Ati ek..

Friday, August 15, 2008

14 Ogos 2008, Khamis

Hari yang agak bosan jugak. Lunch aku bawak nasik, lauk sambal udang and telo goreng mata kebau. Ain beli nasi campur kat Plaza Sentral. Aku ngikut gak, sebab nak menambah2 lauk.. Memang tak hingat diri, tak syukur tul aku nih. Amiklah lauk ayam kecik je potongannya, 2 ketui. Berapa budak tu caj aku, 3hengget kaoo.. tegezut. Iyelah, memang kecik sangat! Redhakan je la, sebab tak cukup2 lauk lagi kan?

Makan reramai kat 15 floor tu memang best. Boleh cakap kuat2, gelak ngilai dan tak perlu jaga2 takut org terdengar.. heheh..

Petang pulak janji nak jumpa makyang, nak tunjuk catalog cosway. Perniagaan baruku.
Ingat nak promote dia soh join aku buat ecosway, but, nampak gayanya, takdelah, since dia tak berminat langsung…

Makyang bawak aku pi rumah dia lepas kanda antar kat Warta. Lepas maghrib, kanda and the kids came to makyang’s house to pick me up. Makan dinner, borak2 then balik. Anak2 kami seronok berjumpa sepupu sepipit mereka.

Mmm.. sabtu ni dah cuti skolah lagi…

Thursday, August 14, 2008

13 Ogos 2008

Rabu, semalam.
Janji janji dengan ct zen nak berjumpa. Kenapa? Saja.
Sengaja.. aku suka nak jumpa kawan aku nih, at least sebulan sekali.

Tapi tak menjadi..
Takde rezeki. Tak tau nak pegi ke Kelana Jaya, naik LRT. Jadi, tak jadi pegi.

Sitishu ajak gi makan yong tofu kat KL Central sementara tunggu Ehtek. Aku on je. Memang suka makan yong tofu, feveret kat situ la, kat fudkot dia.


Kanda called 4 kali, citizen called 6 kali. So, missed calls ada 10, wow.. Tak dengar, tak rasa getaranpun, sebab takde coverage kot masa aku bizi makan yong tofu tuh... hihiii.. asyik, sambil bercerita kisah lampu ikea dgn sitishu.

Sib baik kanda tak marah. Cukup risau kanda marah. Sayang dia, kan?

Sampai umah dah maghrib. Klang kabut mandi, solat and terus masak. Tatau resepi apa, kuarkan je udang and ikan cencaru aka ikan jaket. Pastu decided just to goreng telo mata kerbau and udang tu tumis sambalkan.

Laju kanda and ameer makan. Akmal mogok, takmo makan. Maybe kenyang makan kokokranc la tu. Hmmm...

Aku tak makan lagi, melampau la kan, sebab tadi dah makan yong tofu... ahaks.
Amik asam keping, basuh, tuang air panas, minum pelan-pelan. Boleh turunkan kolesterol and turunkan gula dalam darah..

Kanda senak perut, katanya. Sapukan vicks, dia lena! Mmm.. senang betul.

Sambung tengok vcd korea.. bila nak abis tataulah. Adalagi 6 ke 7 episod gitu.
Ngantuk by 12.05 tuh...

Wednesday, August 13, 2008

12 Ogos 2008 - Selasa

Went to gym after work. Very tired but still want to do some exercises. Tak larat lari, just jalan laju je.

I managed to jalan 2.74km in 30 minutes. Burned 166 calories with the speed of average 5.5km/hour. Ha kau.. aku catit sebab aku tau aku sendiri je yang kisah.. ahaks.
Berat badan naik 0.5kg, memang terasa keberatannya. Apa ke tak naiknya, makan sesedap rasa last week. Balik keje, lewatpun, still kanda soh masak. Dah masak, layan makan jugak, ihiks!

So, nak tak nak, terima je la, usaha lebih sket, tak gitu?

Bulan depan tak bley nak gi gym dah, dah start puasa, maka sebelum puasa ni, kena stabilkan balik badan. Ada dua tiga kawan perasan, muka aku dah kecik sket! Mmm, seronok, but aku sendiri je yang tau kesusahan nak kurus ni, kan?

Kanda mai jemput aku kat kedai mamak sebelah MJ, but aku ajak dia makan capati dulu. Tak bley tahan lapar, menggigil. Dah sampai Slayang, kanda ajak singgah Bintang pulak. Nak beli kokokranch katanya untuk Amal. Tu la kanda, cemana bizipun dia, dia akan ingat anak2. Aku maleh dah. Asik2 kokokranch. Beli sekotak, habis sehari. Bantainya makan itu je, boleh?

Sampai rumah, rupa2nya Amal dah hilang henfon. Patut ayah dia call tak dapat2. Kenalah lecture almost 2 hours. Anak bertuah. Kanda geram, akupun sama! Tatau cemana henfon tu buleh ilang. Siap dengan charger nyer skali gone. Maybe orang masuk waktu dia tak sedar ke haper.. tatau. Tensen tul, memang tak tau menghargai harta..

Monday, August 11, 2008

Sabtu 9 ogos 2008

Kanda tak keje katanya, sabtu and ahad.
Mmm, dia tak keje, tapi takde plan apa2, payah ni.

Amal sekolah hari ni, sekolah ganti. So tinggal kami bertiga. Maka, kanda ajak gi breakfast kat pasar naik motosikal je. Am @ makyang pun ada sms ajak ke pasar. Aku balas soh jumpa di sana je.
Dah sampai pasar, that was like 1.5hours after the sms, she's still not there. When i called dia kata, alamak, dia baru bangun.. buleh? Hangin je.. takde makna kalu ajak but tak betul2 ajak, gitu.

Along kata tak jadi mai, sebab Elly anak Angah demam. Tetiba mak pulak decide nak ke Klang nak mentengok cucu, sian katanya. Tetiba bila dah masa nak pegi, tak jadi pulak, tak larat pulak mak. Mana nak larat, beriya-iya mengait buah rambutan, konon nak bawakkan cucu la tu.

Last2 kami je kuar ke rumah Semah, di Cheras, tengok cucu, jugak. Comel gak cucu aku yang sorang nih. Adnil namanya, terbalik nama si betui Semah iaitu Linda. Mmm, kreatif ek?

Balik Slayang dekat kol 11 malam. Consider hari yang bosan!

Friday, August 8, 2008

Khamis 7 ogos 2008

Ati, being my blog consultant, has helped since last week to redesign and also design this dairy.. .
I would like to say thanks sooooooo much to her for this.

Dia nak aku buatkan sambal feveret aku n kawan2 aku tuh. Aku nak buat sambal cili api ikan bilis tu weeekend ni, sebab ikan bilis kat umah tu dah abis. Harap Ati bersabar, kay?

Semalam jugak kanda kena gi out of town, bukan South Africa ke Singapore ke or Kuching, but still luar KL kay, gi Melaka. He had to rush out by 6.30am. So, aku kenalah drive to work semalam. Entah kenapa hari tu la jugak polis and kerajaan Mesia buat roadblok sebab kes DSAI ke court.

Aku tak paham, betul2 tak paham. Takkan boleh paham.
6.40am aku kuar, gelap lagi nih, dekat 8.30am baru aku sampai ofis. Huaaaaaa...
Ko bley bayangkan tak ketenshenan yang ku hadapi.

Sabar dan banyakkkan bersabar, wahai hati!

Balik keje smalam, i reached home at about 6.30. Kira cepat la tu, sebab tak menyinggah memana. Mak plak puasa.. nak tunggu buka. Bebudak berebut makan nasi goreng mak dengan ayam goreng. Sedap... memang mak masak still the best.

Malam kami sekeluarga tengok Narnia. Mula2 4 orang, last2 aku n kanda je la stay, since anak2 by 10pm tuh, dua2 dah berat mata.. , so, kami je berdua la yang ngabiskan citer nih.

Eh, kanda tadinya masak sendiri nasik, goreng telur and panaskan kari ayam dalam tin. Dia kata takpelah, since aku letih (memang letih ntah kenapa), dia sanggup masak sendiri sebab nak makan. Anak2, walaupun dah makan nasik goreng, still kacau ayah dia, makan jugak bersama2 lagi. Aku je la layan baca suratkabar.. ntah apa kisah tak hengat.

D, ini catatan hari pertama.. syiok plak, nanti kita tulis lagi.. adios!