Friday, August 8, 2008

Khamis 7 ogos 2008

Ati, being my blog consultant, has helped since last week to redesign and also design this dairy.. .
I would like to say thanks sooooooo much to her for this.

Dia nak aku buatkan sambal feveret aku n kawan2 aku tuh. Aku nak buat sambal cili api ikan bilis tu weeekend ni, sebab ikan bilis kat umah tu dah abis. Harap Ati bersabar, kay?

Semalam jugak kanda kena gi out of town, bukan South Africa ke Singapore ke or Kuching, but still luar KL kay, gi Melaka. He had to rush out by 6.30am. So, aku kenalah drive to work semalam. Entah kenapa hari tu la jugak polis and kerajaan Mesia buat roadblok sebab kes DSAI ke court.

Aku tak paham, betul2 tak paham. Takkan boleh paham.
6.40am aku kuar, gelap lagi nih, dekat 8.30am baru aku sampai ofis. Huaaaaaa...
Ko bley bayangkan tak ketenshenan yang ku hadapi.

Sabar dan banyakkkan bersabar, wahai hati!

Balik keje smalam, i reached home at about 6.30. Kira cepat la tu, sebab tak menyinggah memana. Mak plak puasa.. nak tunggu buka. Bebudak berebut makan nasi goreng mak dengan ayam goreng. Sedap... memang mak masak still the best.

Malam kami sekeluarga tengok Narnia. Mula2 4 orang, last2 aku n kanda je la stay, since anak2 by 10pm tuh, dua2 dah berat mata.. , so, kami je berdua la yang ngabiskan citer nih.

Eh, kanda tadinya masak sendiri nasik, goreng telur and panaskan kari ayam dalam tin. Dia kata takpelah, since aku letih (memang letih ntah kenapa), dia sanggup masak sendiri sebab nak makan. Anak2, walaupun dah makan nasik goreng, still kacau ayah dia, makan jugak bersama2 lagi. Aku je la layan baca suratkabar.. ntah apa kisah tak hengat.

D, ini catatan hari pertama.. syiok plak, nanti kita tulis lagi.. adios!

1 comments:

Anonymous said...

sambal ikan bilis - take your time kak, no hal. peace!