hari gaji tiba juga akhirnya..
Thursday, December 23, 2010
22 dec 2010
Friday, December 3, 2010
heppy besday abah, 2 dec 2010
abah turned 70 yesterday.
aku ajak dia kuar makan, takmonyer dia..
"..belikan jelah, utk mak kamu.. " katanya.. hek eleh.. dia segan kot nak kata dia nak, tapi taruk nama mak, tapi nanti dia makan sesama.. kannn?
so romantic, kan... sharing food.
so, mak mintak kueytiaw.. utk abahlah tuuuu
aku kata malam nanti aku nak amik barang2 DCL, aku akan belikan sekali...
nak tunggu kanda, kot2 dia nak belanjaaa
tup2, kanda balik mcm maleh pulak
apalah kanda ni.. org excited nunggu dia, dia kata later2 lah kalu nak kuar.. huhu
aku kata nak ajak gi tengok Danial sekali, yg baru lepas sunat hari tu..
kanda kata pi tengok apa.. Danial dah dtg tu ha kat umah mak..
iyer ker?
akupun pegilah berduyun2 ke rumah depan yakni umah mak..
seronok tengok Danial.. dia rasa cam dah menginjak remaja la tu..
sedih gak, sebab janji dulu nak sunat sesama ngan Azmeer, anak aku tu... huhu
well, mana boleh nak paksa2, kan?
Ameer pun kata dia nak sunat gak.. ada ke.. ingat hari ni decide hari ni buleh terus potong, ke?
biarlah tunggu setaun dua lagi.. baru 9 taun Ameer taun depan..
aku ajak liza kuar since aku nak makan2 luar jugak .. dlm hati kalu kanda takmo pi, aku pi ngan lizapun jadilah.. last2 liza setuju.. liza mmg satu kepala je ngan aku selalu.. laki dia tu je yg keras kepala sket.. entah sapa diikutnya pun aku tak tau.
kamipun pi lah kat nasi lemak 45..
pesan burger utk danial and azmeer and pesan sup daging and charkueytiaw utk mak abah and also nasi goreng pataya utk akmal. acu mai pulak lepas tu, ngekor kami.. tak buleh berenggang langsung ngan liza.. biasalah tu.. tapi tak bawak budak2 lelaki, Danial, ameer and akmal. Sib baik dah order untuk dorang, tapaukan je.
aku makan charkueytiaw sama cam liza.. sedap, tapi sikit. so, kami tambahlah satu lagi.. nasi lemak lauk ayam goreng berempah... ha kau.. makan ke mentekedarah..
liza punya statement.. bukan kita tak kenyang kak oi.. cuma kueytiaw ni sikit sangat.. heheheh..
alasan apapun tak kisah, janji kita enjoyyy and tak bazir makanan, ye tak?
abah punya besday, kami yg beria makan kat kedai.. ha ha aha
Thursday, December 2, 2010
padan muka kauuu
semalam aku cam biasalah, buat keje2 kat opis
nak clear things, get info from managers, directors... tiba2 ada satu director ni, hangin plak ngan aku.. padahal kalu nak pikir2 aku suka ke nak tanya2 org hal2 yg akupun tak perlu tau.. tapi disebabkan keje, aku kenala tanya jugak,kan?
dia bengang, takmo lepaskan info, sebab katanya takut disalahguna ke apa.. dey, bodo laaa...
apa tujuan aku nak buat gitu.. aku cuma menjalankan tugas aku yg diamanahkan..
takde kemana aku nak buat tak tentu hala... udah dijeritkan aku dari bilik dia yg just depannnn je ngan tempat aku.. aku tak kisah, dah tau sgt perangai dia tu... biasa je .. tapi kelly sebelah aku ni, macam suka plak aku kena jerit begitu..
gelak2 dia... siap sound "ada org kena marahhhh".. sambil sengih2 cam suka gitu..
aku just kata .. "lantaklahhhh.." dalam ati aku kata pulak.. "aku dah biasalah beb".. takmo la kata apa2 kan..tak lama lepas aku pas info kat director suka menjerit tak tentu hala tu, kelly ni plak kena sembur ngan boss dia iaitu director kaki jerit tu).. kaw kaw punya kena..
nak nangis aku tengok dia menggelabah.. siap nak bitau aku yg dia tak bersalah la, dia tak buat laa, kira cam dia innocentlah.. kalu org lain yg kena, mmglah aku jatuh simpati, tapi since kau baruuu je gelakkan aku.. aku akan biarkannnn dan hati aku akan gelakkan ko kuat2 je kelly oiiii... padan muka kauuu... tuhan balas cash and bonus lagi kat kauuuu... sebab gelakkan akuuuu!
harini, udah tak dtg keje pulak, EL, sedih ke keciwa ke malu ke apa.. tataulah, ada alasan dia la tu.. nak berentilah tu... alamak, 10 kali dah kata nak berenti, tak berenti2 jugak, ada lagi sini.. masih cari makan sini.. walaupun keje tak berapa nak ada and most of the time dia goyang kaki and gayut dgn kawan2 and sedara mara je....
kalu nak gelakkan org, ingat2 la sikit ye.. sebab.. kita ni sama2 keje, tak payahlahh amik kesempatan nak gelakkan orang...
lepas ni aku nak tunggu, berapa lama dia nak stay keje sampai dia berenti.. kata nak berenti sangat ... peygi dahhhh... ko ngan macik meroyan tu sama je, hargailah keje kita, jgan berangan nak berenti sampai menjejaskan keje and at the end, ko masihhhh ada lagi kat company niiii!
Labels: jgn gelakkan orang lagi, ok
Wednesday, December 1, 2010
cam ces las kers
aku bengang nih.. nak pi family day dah mcam susah ngat
bukan apa.. dahlah aku ni tak berapa gemar ngan konsep family day pwc nih.. sumer kena bayar.. except kalu anak ko umur 3 taun ke bawah je..takyah bayar, lain2 semuaa kena bayar, even staffpun..
well.. aku tak kisah, sebab mungkin dia (pwc) nih pikir dah bagi kita gaji tu dah besaulah kot contribution dia tu,kan.
taun ni cuba submit on timepun tak sempat, still they put my family in the kiv list...
aku decided to back out je lah.. keciwa
walaupun aku proud aku ada family.. tak macam kambing itam tu yg mengaku takde family bila org tanya dia pegi ke idak.. bley?
aku rela lah, takyahlah pi, aku boleh bawak anak2 aku and family aku gi sendirilah tempat2 tu nak berseronok kononnnnn..
peygi daaa...
Labels: kecewa