Thursday, December 2, 2010

padan muka kauuu

semalam aku cam biasalah, buat keje2 kat opis

nak clear things, get info from managers, directors... tiba2 ada satu director ni, hangin plak ngan aku.. padahal kalu nak pikir2 aku suka ke nak tanya2 org hal2 yg akupun tak perlu tau.. tapi disebabkan keje, aku kenala tanya jugak,kan?

dia bengang, takmo lepaskan info, sebab katanya takut disalahguna ke apa.. dey, bodo laaa...
apa tujuan aku nak buat gitu.. aku cuma menjalankan tugas aku yg diamanahkan..
takde kemana aku nak buat tak tentu hala... udah dijeritkan aku dari bilik dia yg just depannnn je ngan tempat aku.. aku tak kisah, dah tau sgt perangai dia tu... biasa je .. tapi kelly sebelah aku ni, macam suka plak aku kena jerit begitu..

gelak2 dia... siap sound "ada org kena marahhhh".. sambil sengih2 cam suka gitu..
aku just kata .. "lantaklahhhh.." dalam ati aku kata pulak.. "aku dah biasalah beb".. takmo la kata apa2 kan..tak lama lepas aku pas info kat director suka menjerit tak tentu hala tu, kelly ni plak kena sembur ngan boss dia iaitu director kaki jerit tu).. kaw kaw punya kena..

nak nangis aku tengok dia menggelabah.. siap nak bitau aku yg dia tak bersalah la, dia tak buat laa, kira cam dia innocentlah.. kalu org lain yg kena, mmglah aku jatuh simpati, tapi since kau baruuu je gelakkan aku.. aku akan biarkannnn dan hati aku akan gelakkan ko kuat2 je kelly oiiii... padan muka kauuu... tuhan balas cash and bonus lagi kat kauuuu... sebab gelakkan akuuuu!

harini, udah tak dtg keje pulak, EL, sedih ke keciwa ke malu ke apa.. tataulah, ada alasan dia la tu.. nak berentilah tu... alamak, 10 kali dah kata nak berenti, tak berenti2 jugak, ada lagi sini.. masih cari makan sini.. walaupun keje tak berapa nak ada and most of the time dia goyang kaki and gayut dgn kawan2 and sedara mara je....

kalu nak gelakkan org, ingat2 la sikit ye.. sebab.. kita ni sama2 keje, tak payahlahh amik kesempatan nak gelakkan orang...

lepas ni aku nak tunggu, berapa lama dia nak stay keje sampai dia berenti.. kata nak berenti sangat ... peygi dahhhh... ko ngan macik meroyan tu sama je, hargailah keje kita, jgan berangan nak berenti sampai menjejaskan keje and at the end, ko masihhhh ada lagi kat company niiii!

0 comments: