Monday, October 31, 2011

weekend datang lagii

sabtu 28 oct 2011

lepas subuh terus bangun.. cadang2 nak sambung tido lepas tu, tapi tak buleh daa.. keje banyak menunggu.. nanti 9 am ina nak mai nak pi HQ.. sarapan dah tentu2 tak sempat nak kuar makan beramai2.. deme2 ssemua tak bangun lagi.. mengejut pulakkkk.. last2 akak masak nasik lagi, sekali 4 pot you.. pastu akak buat nasik goreng.. udah, abis citer. tak jadilah nasi lemak seperti yg dijanjikan.. eheheh.. masa suntuk gitu..

inapun sampai, makan nasi goreng sma2 dia and off we went to HQ. so dissapointed kopi takde stok dah.. kena tunggu tengahari.. sib baik akak ada 1 lagi peket kopi kat backpack to. amik nu cell 4 yg tertangguh. terus pi sunway.. aptment dgn ekinman from FB. sib baikk ina fasih jalan2 area tu.. kalu tak, maunya akak gelabah.. tima kasih allah for sending ina to me.. ehhehe

dah jumpa ekin, kami pi mcD, dia kata takmo jumpa di rumah.. wallah... ada hal di rumah katanya. ok la tu, dia melayan anaknya makan sekali di situ.. 2 anak dia, tapi orgnya montok lagi. ramai peminat some more.. hehhe

dia amik 4 bidadari, 2 nu cell and 1 kopi.. (kalau akak bawak 5 kopipun pasti diamiknya kan?).. haiii.. best betui meniaga cam nih

diapun sign up ahli jugak.. berbaloi2 rasanya.

balik tu kami terus lepak di rumah je


ahad 29 oct 2011

ahad plak pagi2 hantar adik training pagi pulak.. till 11 am gitu.
lunch punlambat. main game dgn anak2 tu kat laptop pastu tertido. bangun2 kangkabut nak solat and masak. org tak heran pun nak makan kat umah tu... masing2 sibuk dgn hal2 deme.. sakit atiku.hehehe

aku masak sambal tumis, telor dadar and ikan goreng. lauk daging rendang beli tadi buat menambah2. habissss

layan citer tamil.. best wooo.. letihnya badan apahalll ntah.

malam pakat makan roti je dgn marjerin, tido

Friday, October 21, 2011

tak boleh tegur

apalah suami ni
kita tegurpun tak buleh
amik la macam lelaki
kita tegur sebab kita sayang dia
kalu tak, lantak hanglah nak telangkop ke haper

udah merajuk
tak koser mak nak pujuk.. pegilah pujuk dirimu sendiri
amboiiiii

Thursday, October 20, 2011

berantakan

patutlah ramai yg kata fb buleh membuatkan rumahtangga berantakan.
dah kalu asik ke situuu je tumpuan, apa berlaku kat suami or isteri tak amik kisah, how laa..

tu la dia..
aku tau laki akupun sama kes nih. ntah apa yg menarik kat fb dia tu akupun tatau.
asiklahhh tit tit tit.. mata ke situuuu je. tv bukak, tapi tak tengokpun, nak cover je. tido ntah kol berapa tiap2 malam melayan angau kat situ.

sakit ati tau.. sbg isteri, masa tido la masa kita nak borak2, nak manja2 sebelum tido sebelum melelapkan mata ilang semua.. ini tak... tido asing2, ko masuk dulu, jangan gangggu aku.

konsep dia.. janji saya tak kacao org.. tapi jelas2 sgt dia mmg dah mengacau hati dan perassan akuuuu!!

aku mogok!!

Monday, September 26, 2011

family day pwc, 24 sep 2011









this time pwc buat di bukit tinggi colmar, tropicale, pahang, like 45 minutes ride from home.

these are the photos for rememberance. the best part is, my family has won telematches games, totalling to RM160 and then i was very lucky to get lucky draw prize of RM300


we jolly katak laa at jusco that nite, budak2 beli baju sekolah and segala mak nenek yg dorang nak.. tak kuar duit banyakpun tambah, like 5 bucks saje... suker i!!


thansk pwc!!








Tuesday, June 28, 2011

pengorbanan

kanda banyak berkorban utk aku.
anak2 juga sama.. selalu mengerti umi nak pi keluar berniaga, mencari rezeki yg halal.. utk siapa.. utk kita jugak, ye tak..

mak akupun sangat prihatin.
siap bitau lagi, duit meniaga tu kena baik2 asingkan.. modal tu jgn kacau. mmg betui la mak... mak mmg banyak pengalaman sebab mak dulu berniaga jugak. akupun bab2 meniaga gerai makan ni sudah sebati jugak sebab since sekolah rendah, mak dah buat nasi lemak jual di gerai.. kuih muih, air minum, keropok serba serbi ada di jual. sapa bantu mak kalu tak kami adik beradik?.. memang bagus pengalaman meniaga nih.. buat kita rasa wow.. mmg boleh buat duit..

cuma kena cari cara yg lebih efektif gitu... baru cepat bisnes kita berkembang... konsep meniaga tetap sama.. kena ramah dan berlebih kurang.. tu lah dia.. jgn kemut sgt.. org benci dan selepas tu takdelah bisness utk kita lagi.. anggap je org semua tu nak test kita je.. jadilah sebaik2 manusia.. membantu yg lain, gituuu

kat sini yg lebih penting ialah menjual diri kita dulu.. bagi org suka, bagi org selesa dengan kita.. barulah apa saja kita cerita, kita jual.. insyaallah org akan beli.. pengalaman beb!

Monday, June 13, 2011

sabtu, seminar, seronok

sabtu tu sudah subuh, kak teh called kata tak dapat join the seminar, coz anak dia still tak sihat..
sian dia and anak dia.. well, kalu ibu, itulah concern kita yg pertama kan?
alhamdulillah anak2 aku dah lepas stage tu.. dua2 sihat walafiat sekarang ni.. ameer tu, suka betui nak ngikut aku gi kelas even seminar ni pun dia pakat nak ikut.. ada ker? takpek mak nak layan der!

seminar ni dah lama takde kat HQ katanya, dah lebih 2 taun. seminar ni "bus. dev. seminar".. more to prospecting, sponsoring and all related to it. Wow, i found it very interesting and baru realized why i was sooooo bodo, when starting my bisness.. banyak lagi ilmu tak pandai.. hehehe.. tulah namanya learning process. suka beb.. dapat belajar and memahami

cikgu kamal bagi dia punya experience and expertise. dia dah 25 taun dalam bidang MLM, sure dah banyak yg dia tau.. dan dia sudi berkongsi.. aku rasa bertambah2 la kaya dia ni.. kaya akhirat and dunia juga. ilmu tu kalu di kongsi, lebih2 lagi kalu dapat membantu org lain utk berjaya dalam hidup, mmg sgt bagus tuu. aku sendirilah, sgt banyak yg aku belajar. nanti akan aku applykan hari2.

Friday, June 10, 2011

mak puasa nyah

9 june 2011 - khamis
semalam kan, bukan mak puasa, tapi kawan2 mak ramai puasa, mak mak pun puasa..
tu dia.. berkat kau.. bulan rejab ni
haa.. lunch tu ada bisnes appointment, jumpa seorang lelaki, tentulah segan mak nak pi sensorang, walaupun jumpa budak muda 23 taun, mak segan jugak nyah.. maklumlah.. mak ni wanita timur yg penuh dengan sifat keseganan yg tak tentu hala kengkadang.. malu daa..
tu yg mak mintak mira novelis tolong temankan mak gi coffee bean tu.. nak jumpa mamat tu..
dijadikan kisah, mira novelis ni puasa plak, patutlah dia diammm je bila mamat tu dah siap order air amik dari counter semua.. (self service katanya, kan).


alhamdulillah semua berjalan lancar. baliklah kami selepas beli pai ayam 3 biji.. 2 biji soh mira buat buka nanti. hehe.. mmg sedap pai dari swiss oven, walaupun dia tak hangatkan
tup tup dah petang, makpun dah siap2 semua.. sign off pc pastu jalanla gerak ke stesen ketapi.. makkan naik ketapi.. lantak org kata apa.. sukati maklah.. sebab ramai jumpa org tau.. pastu jimat masa mak tensen kat jalan kalu jem.. tu je sebabnya..

punyalah mengantuknya dalam tren tuuu.. ya rabbi..
pastu tiba plak kat parking, mak tipon anak2 mak yg lepak tido semalam umah makyang dorang kat astana tu.. udah kena pi mengambil pulak on the way back.
ada pulak jalan shortcut tu dah 0.3 km nak sampai kat guard astana, tiba2 ada org buat kemah la pulak, kawen ke apa taktaulah.. bengong giler mak kena pusing lagi 1.5km kau.. adoiii
hangin jugak, tapi mak tarik napassss.. lepasss... anggap je takdir mak abiskan minyak kereta pusing2 bodoh sekitar tu..

at last sampai jugak kat astana, on time je anak2 tengah jalan ke pagar, terus naik and terus ameer ngadu lapau.. alahai anak umi.. pepetang dah ngadu lapau..
umi beli nasi lemak tetek dekat laksamana nun 6 bungkus utk korang
alamakkk.. opah call nak mintak belikan kuih sebab nak buka katanya.. harus kena carikan kuih, tapiii, mengapa takde yg jual kuih dowhhh.. letih mencari.. last2 pakat belikan rojak buah je utk mak ku tersayang itu.. apa2 saja utk mak, akan cuba ku penuhi.. aku sayang mak aku tauu..

sib baik mak tak kisah.. diapun bukan cerewet.. yg penting ada apa2 selain nasi sebab dia dah standby masak nasik, lauk memacam. sampai2 je umah mak, dia elok2 tengah buka puasa.. dgn abah sekali ada... akupun menumpang kat umah mak makan nasi lemak tetek tu.. heheh... ada kerabu kau.. sukaaa.. kerabu pegaga lagi.. sekarang aku sukaaa sayur2an lagi2 kerabu yg mak buat.. mmmmm, mom.. you are still the best cook to me.. ever.. love u


kanda sms kata lambat, all the time la.. takde makna dah. ada pun kalu awal, sama je dgn lambat. still sama, dah pegang hp, tak pedulik apa...

wah tapiii.. hari yg anak2 pi lepak umah makyang malam tu, aku pi mengantar and yg aerobic malam tu yg tak jadi tu kan.. bila balik, umah dah kemassss, mana punya bibik datang tatau.. heheh.. pikir2 balik rupanya kanda berkemas.. abis pinggan mangkuk piuk belanga suma dikemas kat dapur tu.. sayang kan? bibikpun blum tentu buat sekemas itu.. well.. that's the good side of him. malas dah

oh ye, semalam acik dapat online dekat 4 jam la, from 9 to 1am.. adoi, bangang giler nak update blog, tukar font tak menjadik2, gambar pun cuma boleh uplod sekeping.. sgt cil .. sib baik buleh taruk ayat kat blog, kira nasib baik dia jadi, okey.. thank god for that.


FB pun agak slow, aku selalu wonder bila kat umah mmg kelajuan also known as speed tu merudum banyak.. maybe tulah sebabnya dulu aku tak suka online kat umah.. rasa nak gaduh dgn internet.. nak gaduh dgn amal anak bujangku yg selalu kata umi ni tak sabar.. adoi, masa tu emas dowhh... tak terbayar kalu lama ngat menunggu, kan? ko paham tak?


eh, aku masuk tido kanda dah lena.. mmm lewat dah ni. . 1.20am ish.. sarung stokin bio fir DCL, macik tido dengan lena sekaliii... alhamdulillah diberi nikmat dapat tido lagi, syukur... dan dapat bangun lagi pagi tadi.. syukurlah wahai diri...

Wednesday, June 8, 2011

positif jee

ada je manusia yg tak suka kita berjaya
kata itulah, kata inilah
jgn tulis benda pelik2 laa, katanya ramai yg baca blog aku lahh
hati2 lah katanya bila menulis
well, apa dia yg pelik yg aku tulis tataulah, semua yg jadi pada aku, aku catat je
ala2 diary ni kan

well.. susah nak percaya dah kata2 dia ni
bab2 mengapi2 mmg terror
bab2 memuji2 mmg terror

tapi sudahlah.. aku tak terima bulat2 dah, buat apa ek?
apa2 pun, aku tak mo dengar dah mende2 negatif ni semua

kalu ko org yg baik
sudah, jgn mengapi2kan
tu je
kalu nak puji, ikhlas lah, kalu tak, takyah puji, takyah tokok tambah

aku dah serik dengan lakonan ko yg dah tak real tu

Wednesday, May 25, 2011

rezeki Allah

malam tadi pi HQ
yelah, tiap2 selasa kat HQ DCL ni mmg ada meeting.. tempat berjumpa2 berdiskusi, ber itu, ini dan yg paling best berkongsi kisah testimoni product, kisah kejayaan and motivasi menaikkan semangat.

malam tadi CA Azmi, CA termuda telah mengemukakan topik yg sangat menarik pada aku.
bagaimana org berjaya berfikir.. dan bagaimana pulak org gagal selalunya berfikir

mmg best.. banyak terkena ke muka aku jugak bab2 mencari alasan kenapa tak bermula dulu.... but that was then.. now, i am a new person with a new vision and mision.. dgn KJC as my sifu.. i will be what i want.. insyaallah

rugi korang tak pi.. heheh
lepas tu yg paling best, aku suda menang cabutan bertuah montly.. for attendees reward..
idaklah apa sgt, tapi aku dapat set cadar with comforter.. warna biru you.. aku sukaaa sgt.. tak pernah menang apa2 since joined DCL.. first time pertama kali virgin gitu.. suko bona la acik.. alhamdulillahhhh... allah jawab jugak permintaan aku yg tak berenti mintak since mula2 dorang buat cabutan nih.. hehehe..

Tuesday, May 24, 2011

blackout semalam 23 mei 2011 senin

sedap2 nak tengok juvana... tiba2 padam..
adoiii

panas, gelap.. tak sukaaaa
fikir2 balik.. sapa yg suka, ye tak..
sebab itulah org2 bijak pandai dulu2 tu mencari cara nak memudahkan dengan alat2 letrik..
segalanya untuk memudahkan manusia..
lama2 dah mudah, manusia nak lagi mudah

tu yg takde sapa nak naik tangga dah.. sebab lift dah ada.. canggih lagi..
tak boleh ok.. kita kena bergerak jugak, jgn biarkan badan kita nih terlalu manja..
aku hari2 amalkan jugaklah naik turun tangga 2 tingkat kat opis nih.. 2 tingkat dari 14 ke 16, 2 kali sehari gi surau tu.. haaa.. jadilah, hari2 turun naik 2 tingkat.. tak ok lagi.. kena lagi.. tapi, aku ingat.. hari2 naik tangga komuter tu menguji keimanan jugak.. haaaa.. letih tu.. bukan calang2 org buleh naik dgn penuh bersemangat tangga nih..

saja nak citer.. aku suka exercise sebab aku rasa boleh mengepam lebih banyak udara dalam darah ke jantung.. tu je.. jaga diri sendiri, baru buleh jaga org lain.. ye tak.. ye lah.. aku kan bini orang.. kena jaga laki sendiri, anak2.. mak aku .. abah aku lagi.. semua aku nak jaga kalu diizinkan Allah.. pepehal. diri sendiri jugak yg kena sihat dulu..

penting bila mikirkan takde api tu, time black out tu.. kita dok diam2 pikirkan kenapa terjadi..
Allah bagi masa kat kita ingat balik zaman susah takde api dedulu.. kita survived pun.. ye tak?
kita ingat kita susah.. ada lagi yg lebih susah.. jadi.. bersyukur dan ingat Allah selalu menguji kita dalam berbagai cara..

tu jelah, bukan main aku celoteh.. ingat nanti nak tulis kisah hasad dengki pulak yg aku rasa best masa baca dalam tren pagi tadi.. later2 aku tulis.. kita share ye.. sgt bagus.. insaf acik.. ehheh

Friday, April 22, 2011

Hang out with ctz, wed, 20 april 2011

It was Wednesday. Biasalah, bidan terjun, kalu sitizen tipon musti sometin hepen to her or maybe she can sense sometin has happened to me. Well, actually that day, both of us wants out. Hehehe… I really like her company.. since dulu2 lagi..

True frens are hard to find.. kan?

Yg tikam belakang, yg tak puas hati, yg rasa diri besau sokmo.. segala2 lah.. letih dah tua2 ni nak melayan kerenah budak2 mentah semua.. even yg perasan mudapun perangai cam budak2 drjah dua pun tak terlayan kau..

Eh.. membebel pulak.. but then, itulah problem aku selama ni.. suka nak melayan…

Then, I went to see sitizen kat OU petang tu.. Ira yg tolong hantarkan ke sana.. tima kasih sgt kat ira, sebab dia willing to help. Kalu naik teksi tentu ntah sampai ke idak tatau…
So, I reached there.. laa hai, movie tu starts at 7 pulak… adoiyai.. beria sitizen kata 6.25pagi tadi, rupa2nya dia tertengok Friday punya schedule. Well… adalah masa nak kenc and makan ke hapa kan.. kalu jumpa sitizen tak makan, tak sah okey?

Both of us pun sharelah what we feel about our working life.. and what has been bothering us recently. Siti mmg best in terms of giving advise.. what we share selalunya adalah from our point of view from our own experience and from hers as an HR executive kat Guolene dulu. Well, to manage or to control people is out of the way, soooo true.. We can only say, but can people listen? A big ha ha ha.

So, we went to watch this movie called Source Code.. ntah apa nama jantan tu ..jake gyllenhal.. ntah mana dia berlakon sebelum ni, macam familiar tapi tatau apa citernya.. but I would give 4 out of 5 la bestnya… citer tu macam back to the past with your almost dead body.. ahhahahah.. my version. Suka watak hero tu.. sgt best.. Even citer cam gitu, when the part he was calling his father, I was crying like a baby you, sedey giler.. hahahaa, ratu air mata kau.. mmg touching giler, apa lagi, nangislahh… ko tak rasa nak nangis ko punya pasal, but, for me, it’s good, I feel relieved a bit. Hehahhah..hhaa..

Ingat sempat lepas tu nak gi aerobics kol 9.. mmmpp, hampeh, abis show kol 8.40, nak travel to batu caves where I parked my car lagi, tentu2 tak sompek dowh.. so, tak pegilah.. how to cover ek.. halamakkkk..

Takpelah, as long as I feel happy and have fun, I guess terlepas sikit aerobics takpelah.

Tuesday, April 19, 2011

18 April 2011 senin

senin datang lagi.. hari baru lepas letih berjalan ke klang since sabtu. tapi disebabkan tanggungjawab keje, maka ku lakukan jugak dengan redha hati... lagipun tak apply leave, maka jgnlah cuti, ok? nak citer kes semalam.. aku pikir2 la kan, selalu kalu selasa, aku nak kena pi HQ, so, tak dapatlah aerobic, so.. cemana cara nak buat aerobik jugak tapi nak pi HQ jugak.. ha kauuu.. nak jugak, nak jugak.. so, akupun tiponlah cikgu dahlia cikgu aerobik aku yg sgt dicintai lagi dicemburui kehebatan fitnessnya itu.. heheh.. lalu diapun memberitahu kepadaku malam senin, iaitu malam tadi, ada baru kelas punya kat aprtment laksamana.. eh.. itu dekat rumah adik aku, maka akupun terus stuju.. takpelah bayar RM10 sekali masuk, macam mahai sebab selalu bayar RM5 je kat astana tempat biasa.. well.. ini special case, kan? akupun roger moger kat liza adik ipar ku yg berparottt tu, terus dia kata ok, dia pun akan dtg jugak nak tnegok cemana tempat tu nanti.. malam tadi aku pi jugak lepas mengerah anak2 aku yg terpinga2 pehal nak gi aerobik hari senin, bukan the usual days.. hahahhahaha.. kalut jugaklah dorang nak solat, nak ngaji, nak bersiap nak ikut la katakan.. pegilah akuuuu.. sebab klas baru, ahli pun baru... not so laju laa.. well, aku tak kisah, sebab, janji keluar peluh.. 2 jam pun aku buleh ok... alhamdulillahhh.. sejak aku jadi ahli aerobik nih, dah dekat setaun jugaklah aku join, badan lebih fit.. haaa, even tho nak turun banyak tu takdelah kan, yg penting, ada turun sikit2 dan tetap turun.. haaaaa.... ko ada? hehehe... .... nangis ngadu perut naik.. welll... . teruskan menangis next time kalu aku nak pi HQ DCL belajar meniaga nanti, aku dah tau mana nak cover my aerobics class.. biar sihat dan biar senang nak buat keje... ye tak? adios diary.. will chat later, k?

Friday, April 15, 2011

15 april 2011 jemahat

dear diary how i miss talking to you.. recently kan diary.. aku bengang tau pehal la aku bengang kan.. tak baik utk kesihatan aku sendiri.. sebab menambahkan asid dalam perut, tak elok utk penghadaman..hehehe tapi aku tetap bengang la diary pastu aku pikir2 kenapa allah uji aku begini ada kawan nih.. kawan ke kira tu? tataulah masa mula2 berkenalan, aku kagumlah dgn dia.. aku mmg senang kagum dgn dia sebab apa yg dia buat tu, aku mmg teringin lamaaa nak buat. tapi tak merasa.. so, mmg suka berangan je lah.. pastu dia baikk dgn aku.. akupun mmg suka berkawan, mudahhhh sgt percaye oranglah wahai diary ooiii.. tu lah sifat aku yg mmg allah dah kurniakan kot... kalu aku berkawannn, aku ikhlasss je aku nak rapat je dgn kawan2 aku semua tu.. ikut kata sorang kawan ni.. jangan mudah percya, okey.. tapi tulah dia diary oii aku selalu bitau org2 sekeliling aku, kalu bab keje, aku strict.. aku buat sebaik mungkin.. kalu mintak nasihat.. aku bagi, kalu aku brutal ko kena terima.. sebab mmg inilah diri aku yg sebenarnya.. takde sorok-sorok perasaan aku.. sebab aku rasa ko dah rapat and dah boleh terima hakikat.. nasiblahhh.. kalu dah tau hakikat... alhamdulillah.. aku cuma bitau yg mana aku boleh kongsi je.. sebagai kawan masa tu.. dia kan diary, maybe tak buleh terima la kot.. dia buat cam celaka je dgn aku sekarang.. aku heran tak? ada sikit laa, sebab dia dah berubah jadi monster sekarang, totally different... dulu ckap baik2 je, sekarnag kalu bercakap.. nak berlagakkkk tak tentu hala.. tak buleh la ada yg lebih pada dia, dia akan cuba sedaya upaya nak kata dia lebih baik.. dulu dia takdelah kisah sgt bab bersaing2, sebab kononnya dia tak kisah dapat keje tu ke tidak sebab dia dah ada mende dia nak buat kat tempat lain.. aleh2 dia lagiiii hangin sebab .. dah ada org lain yg lebih berkaliber dapat.. and dia rasa rendah diri.. bodohhhh.. entahlah, aku boleh giler mikirkan how dia buleh turned out to be a monster.. bengong giler beb.. cakappun dah tak serupa bikin, brag tu jangan katalah.. dialah yg terbaik semua ... pastu kalu bercerita, asik nak mencari salah orggggggggg je, matilah dia je yg betuinya... aku dah jadi benci dgn dia dan perangai baru dia.. kenapalah berubah begitu teruk sekali.. dah tua2 ni, eh, tua plak, berumur sikit ni, buatlah yg baik2 je, aku mintak supaya Allah betuikan niat dia bekerja atau buat apa2 je, supaya ingat ibadah kepada allah.. keje mencari rezeki ni keje mulia ok, jgn buat mende2 tak elok kat pejabat.. allah marah, masuk api neraka ok?

Monday, April 11, 2011

biarkanlah dia..senin 11 april 2011

aku ada plan aku sendiri.. nak bantu sapa2 yg perlu dan mahu dibantu je.. kalu nak bantu or nak share info pun susah sgt, how la nak share mende2 yg lebih penting.. berdasarkan analisa dan check list yg aku buat.. aku tau dah mana kawan2 yg susah.. sapa yg susah tapi ketegaqpun aku tau.. or sapa2 yg tak rasa dia susah or dia dah senang dan rasa dia tak perlu lagi dibantupun ada... baguslah macam ni.. aku akan cuba bantu secara yg aku mampu, iaitu bagi peluang aku tau sangat sifat bersaing dia tu.. dari mula2 aku nak join dulu lagi.. macam2 perkara.. takpelah, aku anggap ini cabaran nak jadi pemimpin je.. abis, ko ingat senang nak memimpin.. ramai yg lebih suka dipimpin.. aku redha.. pastu aku pikir2 balik, laaaa hai, buat apalah aku susah2 nak bantu dia.. sedangkan dia sendiri dah pandai dan dah hebat diri sendiri.. kan? baik aku pegi cerita kat sapa2 yg lain or tumpukan pada org yg lebih memerlukan dan lebih rasa mau belajar.. hehehe ... silap lagi akuuu.. tuttttt cepat2 la kau sedar wahai suriani.. carilah mereka2 yg benar2 mahu dan bersedia dibantuuuu!!

Thursday, April 7, 2011

fenat

aku dah abis napas nih, tapi aku kena teruskan bernapas.. cewahhh, cam teruk benau.. idaklah, dalam usia emas cam aku ni kan aku tak buleh lewat2 lagi, nak kejar impian aku nak kaya raya nih.. lantaklah kan.. laki aku takdelah menyekat, malah dia sokong je.. mak akupun suka aku keje kuat utk kuarga aku anak2 aku lagilah suka kalu aku dah banyak duit nanti... dorang jugak yg senang tapi, nak nyampaikan ke bab kaya raya tu.. bukanlah keje mudah, ye tak... banyak yg terpaksa aku korbankan.. masa, wang ringgit, perasaan.. keseronokan.. tulah dia takdelah nampaknya nak enjoy2 lagi.. kalu adapun maybe nak bawak anak2 buah gi makan2 sambil citer2 pasal hal bisnes.. haa.. bizi giler aku skrg nih.. walaupun gitu.. lakiku tetap aku dulukan, bab makan, pakai, peluk cium semua aku takkan abaikan, anak2pun gitu.. cemana aku sibuk, aku pastikan kalu dorang boleh ikut, doranglah yg aku angkut dulu.. ini semua utk dorang jugak nanti.. kan? dari last week nih.. takde relax. maklumlah, aku masih keje lagi kat opis nih.. so, masa lepas opis ni, aku bergegaslah buat apa2 yg aku sempat sementara blum kol 12 malam... pegi kelas lah, belajar produk, pegi meetinglah belajar sponsoring, pegi seminarlah.. pergi kursus motivasi lagi.. haa.. pegi menjual and macam2 lagi acara berkaitan dgn bisnes akulah.. semalam aku pegi gak aerobik, ada member suggest, pekata aku buat demo setengah jam sblum aerobik mula.. good idea.. bukan senang nak kumpulkan org.. tapi aku rela je.. sorang datangpun aku buleh je bercakap.. dah keje aku bercakap.. share info.. org nak, amik, org taknak, takpe, mungkin dia takde duit masa tu.. tapi kalu benda tu dia terpikat, tentu dia akan amik, sooner or later.. kan? barang baik, tentu laku dan mendapat sambutan.. aku taulah, aku dah guna ok? just aku tak buleh berenti... teruskan sesemua tuu.. bercampur dgn org2 pun kena pilih, jgn tercampur org2 negatif.. nampak salahh orgggg je, yg berlagak2 tu ketepikan dulu.. yg perasan anggun dah tu, tinggalkan je.. haahaahahha.. nak tergelak.. tingat kisah tengok movie dgn liza .. merong mahawangsa.. parutttttt... hehehh.. liza, u are still the best when it comes to making jokes.. i salute u!!! aku tak taulah org sekeliling perasan ke tidak..tapi pada aku hidup aku dan masa depan aku lebih utama dari mende2 kecil remeh temeh dorang kat opis nih.. kecoh2 tak tentu hala tu sebenarnya nak buat apa ntah.. aku malas dah nak layan.. yg aku tau, keje aku promote je bidadari aku yg hebat tu.. dan terus bercerita kehebatan produk2 keluaran DCL tu semua.. korang keje makan gaji je.. aku dah ada bisnes yg nak aku jayakan.. so, korang jgn kacau aku dah.. walaupun gitu, keje aku tetap aku buat ok, aku bukan jenis tak bertanggungjawab.. bagi keje banyak pada aku.. aku buat je.. aku tak kecoh terlebih keje ke terkurang keje ke, terlebih lagak ke terlebih kuasa ke.. tak.. aku macam dulu jugak, keje tetap aku buat, okeh? walaupun aku suka keje nih.. aku ada masa depan yg lebih cerah di sebelah sana.. ada ramai yg perlu bantuan aku di luar sana jugak.. semoga Allah memberkati usaha murni aku ni.. Allah sentiasa beri kepada mereka yg meminta.. jadi aku nak minta.. Ya Allah.. kau limpahkanlah aku dengan rezeki yg banyak dan berlipat ganda, utk memudahkan aku mencapai impian menjadi jutawan muslimah berjaya.. suka kan? babai..

Tuesday, April 5, 2011

home party

semalam aku buat party bidadari kat apartment astana, tak ramai yg datang.. takper, aku tak kisah, lagi ramai lagi kecoh nanti. am pulak datang last lepas semua tetamu dah datang. dia turun membantu sambil dia nak belajar teknik2 jugak. aku citer serba sedikit bidadari dan kehebatannya.. pastu kasi dorang rasa sesudu dua, citer pulak bab kopi red guara, last2 itu ini, tanya tu tanya ni.. 2 org sudi nak join jadi bisnes partner akuuu... alhamdulillahhhh... allah dah tunjukkan pada aku jalannya buat duit .. iaitu melalui dcl.. aku redha dan aku tulus ikhlas menjalani bisnes ini.. kalu senang benar, takde cabaran, takdelah keseronokan.. lagi org taknak, maknanya lagi kuatlah aku kena usaha.. bak kata cd amran ataupun tok siak tu.. kalu hari2 buat home party nih.. setaun je aku buleh naik CA - crown ambassador.. aku dah buleh join kelab jutawan DCL.. haaa.. jutawan tu.. dah dekat dahh.. aku sedar aku berupaya aku boleh selagi aku mampu.. orait, jumpa anda di kelab jutawan

Monday, April 4, 2011

bukak jangan tak bukak

bila mazlan bitau aku dia dapat peluang bukak booth kat masjid umah dia kat kelana jaya tu.. aku dah berkobar2 inilah caranya aku nak kembangkan bakat meniaga yg aku dah belajar sikit2 sejak mula join DCL. selalu2 aku borak2 je kat kawan2, transfer feeling katanya... kawan2 ramai join sebab nakkan harga diskaun je, ramai yg kata tak pandai meniaga.. takpe aku tak kisah, yg penting bila beli barang, ada lah bahagian yg dorang dapat.. maknanya brang2 ni semua berkesan, dapat membantu dorang dalam memperbaiki kesihatan dorang di samping aku sendiri, dapat menambahkan duit dalam bank.. oii, sapa taknakkk? beli barang, dapat duit lagi later on.. haaa.. korang tentu beli barang abis duit, kan? hhaaa, aku special tauu.. eh, berbalik kisah meniaga kat masjid tu.. dorang buat karnival jom makan .. haaaa.. tulah namanya.. buat pulak dalam kawasan masjid.. takdelah panass.. best, bab ni mmg aku puji... dorang sgt pentingkan org ramai yg datang.. yg datang tu pulak, memang jenis nak makanlah.. maklumlah namanyapun karnival jom makan.. apa lagi, kan? aku bawak segala mak datuk barang2 dcl nak promote hari tu. am kakakku jadi pembantu sambil tolong tunjukkan jalan ke sana.. manalah aku tau area kelana jaya tuu, kan? akmal anak sulungku pun ikut sekali.. dia mmg terbakar semangat sekarang nak jadi kaya.. sebab dia nak idup senang masa depan.. dan dia tau caranya ialah dengan meniaga.. oleh itu, org yg paling senang nak dia ikut nak belajar ialah, umi dia, iaitu akulah.. sebab, dia tau, aku mmg suka jugak nak jadi jutawan, kan.. kalau aku jutawan, tentu dia anak jutawan.. tapiii, dia paham, mmg bukan mudah pada awalnya.. dia jadi paham.. aku sukaaaa... dialah yg banyak bagi aku semangat sekarang nih.. semoga kita menjadi kaya raya dan jutawan jugak akhirnya nanti ye anakkku?.. aminnnnn CD amran jugak tak ku sangka sanggup datang membantu.. sgt seronok dapat belajar dari org2 berpengalaman. aku sendiri mula bercakap2 dengan pelanggan, sambil mengambil point2 yg penting tentang produk utk aku sharekan.. yg berduit, terus membeli, aku apa lagi.. bertambahlah semangat dan sgt yakin, barang yg baik, dapat dijual dengan mudah bila kita sendiri telah menggunakan dan merasa keberkesanannya.. apa lagii.. alhamdulillah, by 4pm je, semua org berkemas2 kami pup pup masuk barang dalam kotak, angkat kotak, challo, terus gerak balik. kami 3 org je la dalam kembaraku yg comel itu trusss gerak balik, bila tiba2 dtg idea nak makan dulu.. ye tak iyer, aku tak makan lagi since tengahari, i mean makan beratlaaa.. cuma amik karipap yg tak sesedap mana and abc masa lunch tu... so, kami singgahlah di tesco jalan ipoh makan dulu. akmal makan sgt berselera, maklumlah anak bujangku itu sedang membesar dan meninggi sekarang ni.. badanpun dah slimm je sejak kebelakangan nih.. tulah serba sedikit kisah pengalaman pertama buat jualan bersama barang2 DCL.. aku akan teruskan berusaha utk menjadikan bisnesku ini lebih besar di masa depan. eh, lupa nak bitau, semalam, dapat lagi seorang daunlain.. tapi katanya takminat berniaga, cuma nak beli barang dgn harga diskaun utk pakai sendiri je.. tak kisahhhhh.. nanti aku akan follow up... alhamdulillah, all went well, semoga allah memberkati perniaagaanku ini dan memberikan ku rezeki yg lebih banyakkk di masa akan datang.. aminnnnn.

Tuesday, March 22, 2011

senin 21 mac 2011

aku sedey
kanda dah tak kisah kehendak aku
bukannya mintak belikan rantai berlian, bukan mintak kereta proton gen2
bukan.. cuma mintak belikan sate.. tingin sgt nak makan sate daging
pehal kemaruk sate, tataulah

but, the point is
kenapa susah sgt nak penuhi kehendak isteri sendiri.. bukannya selalu aku mintak

sudahlah
mengarut je kan.. dia tak sudi, ingat aku tak boleh beli sendiri
balik keje ni, nak cari sendiri sate, nak makan puas2 baru balik

best kan?
buat kita rasa kita lebih berkuasa bila kita sendiri boleh beli apa2 yg kita nak